| | | | |
korporat
info
 
carian
   
 
 
 







Jumlah Pelawat



 
 
   
Pahang tuan rumah Sukma 2012
KUANTAN - Pahang terpilih menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia 2012, umum Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis di sini.

Keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) itu bakal disusuli dengan persediaan termasuk pembinaan vanue sukan baru termasuk stadium tertutup, stadium hoki, lapang sasar selain menambah baik kemudahan sukan sedia ada.

Tengku Abdullah berkata, Pahang berjaya dalam bidaan untuk menjadi tuan rumah walaupun Perlis, Perak dan Sarawak turut menawarkan diri.

Dalam perkembangan yang sama, Exco Belia dan Sukan Negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, kerajaan negeri memerlukan kira-kira RM300 juta untuk melengkapkan segala kemudahan sukan supaya Sukma 2012 berjalan lancar.

Menurutnya, walaupun jumlah peruntukkan sebenar belum diputuskan, persiapan sudah diatur termasuk mengenal pasti lokasi-lokasi vanue sukan baru yang bakal dibina.

“Sebuah stadium tertutup akan dibina di Tanjung Lumpur manakala stadium hoki baru akan dibina bersebelahan stadium sedia ada di Indera Mahkota,” katanya dalam sidang media selepas meraikan kejayaan Pasukan Hoki Pahang yang menjadi juara Divisyen 2, Kejohanan Hoki Piala Razak 2010, baru-baru ini.

Wan Adnan Berkata, Stadium Makmur yang tidak pernah dibaik pulih sejak 1996 juga dinaiktarafkan termasuk menambah baik trek, tempat duduk, papan mata dan kemudahan-kemudahan lain.

“Stadium tertutup Sukpa juga akan dibaik pulih untuk acara badminton manakala renang akan berlangsung di kolam renang sedia ada yang juga bakal dinaiktarafkan,” katanya.

Menurutnya, melalui peruntukkan yang disediakan kerajaan negeri, Pahang bakal mempunyai kemudahan sukan lebih baik untuk digunakan dalam penganjuran pelbagai acara sukan akan datang.

“Kita akan memberi lebih fokus kepada pencapaian dalam Sukma 2012 kelak manakala Sukma 2010 di Melaka Jun depan sebagai satu pendedahan menguji prestasi semua atlet negeri.

“Kita hanya akan menghantar pasukan yang berpotensi untuk bersaing dalam Sukma 2010 dengan sasaran 34 pingat emas,” katanya.
 
Disediakan Oleh : sinar-hasmy
 
 
 
Dasar Keselamatan Dasar Privasi Penafian
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25570 Kuantan, Pahang
Tel : 09-5164354 Fax : 09-5162272
Hakcipta Terpelihara 2009. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Gunakan Internet Explore(IE) 6.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik.
Versi 1.0 Kemaskini terakhir pada : 22/05/2013